Meraikan saudara baru
Alhamdulillah. Menyaksikan dan meraikan saudara baru berbangsa Tionghoa mengucapkan syahadah di Taman Setali Kuantan. Semoga istiqamah mempelajari dan mengamalkan segala ajaran Islam. Read More…
Alhamdulillah. Menyaksikan dan meraikan saudara baru berbangsa Tionghoa mengucapkan syahadah di Taman Setali Kuantan. Semoga istiqamah mempelajari dan mengamalkan segala ajaran Islam. Read More…
Menyampaikan sumbangan kepada En Mohamed Yusin b Jusoh yang kehilangan rumah akibat kebakaran di Kuala Penor Kuantan. Kebakaran yang berlaku menyebabkan rumah hangus 100%. Beliau yang berusia 66 tahun bekerja sendiri tinggal bersama isteri dan anak yang masih bersekolah kini menumpang di rumah saudaranya yang berdekatan. Semoga segala urusannya dipermudahkan oleh Allah SWT. Kepada anda yRead More…
25/2/2021 Sumbangan pasca banjir untuk SRA Islam At Taqwa Temerloh, Pondok Pok Kob Chenor dan Madrasah Arabiah Islamiah Paya Pasir, Maran. Read More…
Menziarahi saudara baru sekitar kuantan dari pelbagai latar belakang dan menyampaikan sedikit sumbangan. Mereka yang diziarahi terdiri dari kaum Cina, India, Dusun, Iban, Jepun dan Philipina yang tinggal di Cenderawasih, Bukit Setongkol dan Indera Mahkota. Semoga ianya merapatkan ukhuwah antara kita. Read More…
Kampung Sungai Bot, Karak. 2 Februari 2020. Sumbangan Kit Dapur dari Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang kepada 10 keluarga orang asal dari suku Temua bersama wakil JAKOA saudara Hilmi. Sumbangan disampaikan oleh Ajk AMAL Pahang Saudara Yaseir dan dibantu oleh relawan AMAL Ust Junaidi Ishak. #berAMALkeranaALLAH #YayasanAmalMalaysia Read More…
Menyampaikan sumbangan kepada penduduk-penduduk di Kg Semangat dan Kg Batu Putih Jalan Kuantan – Pekan yang terlibat dengan banjir baru-baru ini. Semoga ianya dapat membantu untuk meringankan kesusahan penduduk yang terkesan dengan banjir ini. Terima kasih kepada anda yang menyalurkan bantuan untuk kami sampaikan kepada mereka yang memerlukan. Read More…
Operasi mengecat surau dan rumah guru di Pondok Tahfiz Riyadus Solehin Kg Semangat Jalan Kuantan – Pekan yang terlibat dengan banjir baru-baru ini. Semoga ianya dapat membantu untuk meringankan kesusahan pihak pengurusan pondok ini.. Moga sesi pembelajaran dapat kembali berfungsi seperti sebelumnya. Read More…
Menyampaikan sumbangan kepada Maahad Tahfiz Al Quran Baitul Hasanah, Batu 15 Jalan Kuantan – Pekan, Kg Tanah Merah Kuantan yang juga terlibat dengan banjir baru-baru ini Sumbangan diterima oleh Ustazah Nor Hafizah mewakili pihak Maahad. Sama-sama kita membantu pusat pendidikan yang akan melahirkan anak-anak generasi al-Quran pada masa hadapan. Read More…
Sumbangan dapur gas untuk memasak dan keperluan lain kepada mangsa banjir di Kg Pesagi, Chenor Maran. Terima kasih atas sumbangan anda untuk mangsa banjir yang disalurkan melalui AMAL Pahang. Semoga ianya meringankan sedikit kesusahan mereka. InshaAllah misi bantuan akan diteruskan lagi kepada mereka yang terkesan dengan banjir ini. Salurkan sumbangan anda ke ARead More…
Menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terlibat dengan banjir di perumahan Seberang Balok Kuantan. Read More…